Malaysia alu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia – Anwar

Oleh: Sholina Osman
9 JAN. 2025

Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan-perusahaan Indonesia disamping kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat pegangan milik entiti Malaysia dan Indonesia.

“Ini sekaligus mengukuhkan lagi kekuatan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran FB miliknya.

Perkara ini beliau lontarkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Sinar Mas Bapak Franky Oesman Widjaja dan rombongan petang tadi.

PERNIAGAAN TERKEMUKA INDONESIA

Sinar Mas adalah kumpulan perniagaan terkemuka Indonesia dalam tujuh bidang perniagaan iaitu pulpa, kertas, pertanian & makanan, perkhidmatan kewangan, hartanah, telekomunikasi, tenaga, infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan.

“Saya turut maklumkan bahawa dalam konteks Kepengerusian ASEAN 2025, kejayaan pembangunan infrastruktur merentasi pelbagai negara menuntut keyakinan dan kerjasama utuh antara syarikat-syarikat ASEAN,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *