Anwar terima kunjung hormat delegasi dari China

Oleh: Sholina Osman
9 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi dari China yang diketuai Jeneral Liu Zhenli, Ketua Turus, Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China di Perdana Putra petang tadi.

“Selain membicarakan mengenai hubungan utuh Malaysia-China selama lebih lima dekad, kami turut menyentuh isu dan kerjasama strategik terkait kepentingan kedua-dua negara sahabat,” katanya dalam perkongsian dalam FB miliknya.

Anwar berkata, ini termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan yang terbina atas premis persefahaman dan kepercayaan.

USAHA MEMPERHEBAT KERJASAMA

Jelasnya, Malaysia dan China sedia untuk meneroka usaha memperhebat kerjasama ini.

“Kami turut bicarakan mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, yang buat julung kalinya bakal menganjurkan persidangan ASEAN+GCC+China,” katanya.

“Terkait Laut China Selatan, saya tegaskan bahawa sebarang isu mahupun pertikaian yang berbangkit harus diselesaikan secara aman menerusi saluran diplomasi dan jalur perundangan antarabangsa,” tambahnya. -JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *