Oleh: Sholina Osman
9 JAN. 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius dakwaaan
berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Tahun 2024.
Kenyataan media KPM memaklumkan siasatan terperinci telah selesai dijalankan dengan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.
KPM mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas.
Tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam
buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH
Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan
2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.
Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga
Peperiksaan, KPM.
Semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan
fokus dalam menghadapi peperiksaan.
KPM sentiasa komited
memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara
dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 adalah terjamin. – JM