MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong berhubung hantaran di FB

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan Unit Komunikasi Korporat MCMC
9 JAN. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) telah menerima aduan orang ramai berhubung akaun-akaun media
sosial di platform Facebook (FB) yang didapati menyebarkan hantaran palsu
mengenai Perdana Menteri.

Kenyataan media MCMC memaklumkan hasil siasatan mendapati, kebanyakan akaun terbabit merupakan akaun palsu.

Namun, pihak MCMC telah mengenal pasti bahawa salah satu daripada akaun yang diadukan adalah akaun milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Selangor.

Susulan itu, MCMC telah merakam percakapan ADUN berkenaan, Dr. Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Januari 2025 bagi membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SATU UNIT TELEFON

Dalam pemeriksaan yang dijalankan bersama PDRM, satu unit telefon pintar dan satu unit kad sim telah diminta untuk diserahkan sebagai bahan bukti kes bagi membantu siasatan.

Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti itu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau
penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC memohon orang ramai untuk berhati-hati apabila memuat naik sebarang hantaran di media sosial dan memastikan maklumat yang disebarkan adalah benar dan sahih.

Langkah ini bagi menjamin persekitaran dalam talian yang
berintegriti dan selamat demi kesejahteraan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *