PM terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP

Oleh: Sholina Osman
8 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Mohd Zuki Alidan dan delegasinya baru-baru ini.

Anwar dalam hantaran pada FB miliknya memaklumkan pertemuan itu bagi membincangkan berkenaan peranan KWSP sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)
dalam membantu membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata, komitmen KWSP dalam melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum dapat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *