Oleh: Sholina Osman
8 JAN. 2025
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Singapura, Chan Chun Sing melakukan acara pertukaran dokumen Malaysia-Singapore English Volunteers Programme (MSEVP).
Ia disaksikan olen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, PM Lawrence.
MEMAKLUMKAN ACARA INI
Dari hantaran FB Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan acara ini adalah sebahagian daripada Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang berlangsung di Putrajaya.
Kerjasama bilateral yang baik antara Malaysia dan Singapura dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan.
Program rintis MSEVP yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid yang akan bermula pertengahan tahun 2025. – JM