PENGALAMAN TUN MUSA AMAN BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SABAH – PMX

Oleh Noraini Nordin

18 Dis 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah baharu bermanfaat untuk rakyat khasnya rakyat Sabah .

Ini kerana menurut PMX lagi Tun Musa Aman berpengalaman luas berdasarkan rekod cemerlang perkhidmatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di Pertua Negeri Sabah di Istana Negara yang disempurnakan oleh KDYMM Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Dis 2024.

“Tahniah saya ucapkan kepada Tun Musa Aman di atas pelantikan ini dengan dititipkan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sabah,” kata PMX lagi.

PEMIMPIN BERPENGARUH

Tun Musa Aman, 73 tahun dikenali sebagai pemimpin berpengaruh yang pernah memang jawatan Ketua Menteri Sabah selama lima penggal bemula 2003 sehingga 2018.

Beliau juga menyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga selama enam penggal daripada 1994 hingga 2020.

Selain politik, Musa Aman turut dikenali sebagai tokoh ekonomi dan korporat . Antara jawatan penting yang disandangnya termasuklah sebagai Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Pengerusi Sabah Softwood Sdn Bhd , Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd.

Beliau juga aktif dalam arena pendidikan dan sukan. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Tun Musa Aman menggantikan Tun Juhar Mahirudin yang memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah selama empat penggal sejak 1 Januari 2011 – JM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *