MALAYSIA, PAETONGTARN RAKAN KELUARGA YANG AKRAB

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita )

18 Jan 2024

Kehadiran Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra ke Malaysia baru-baru ini menambah eratkan lagi hubungan dua negara serta menyerlahkan juga kepimpinan PMX yang diyakini oleh pemimpin-pemimpin antarabangsa.

Sejak PMX menerajui Kerajaan Madani, semakin ramai pemimpin-pemimpin dunia mengunjungi Malaysia untuk mempereratkan hubungan serta kerjasama dalam pelbagai bidang yang memanfaatkan rakyat negara masing-masing.

Terbaru, pada 15 Disember lalu, PM Thailand telah menjejakkan kaki selama dua hari di bumi Malaysia dengan tujuan untuk memperakui kepentingan persahabatan dengan Malaysia serta komitmen bagi memperluaskan kerjasama dalam perbagai bidang.

Paetongtarn mengakui melalui lawatan tersebut beliau mahu melebarkan lagi kerjasama dalam bidang seperti perdagangan , pelancongan dan keterhubungan sempadan turut menjadi keutama Malaysia dan Thailand.

Sudah pasti pertemuan kedua pemimpin ini secara langsung dapat merapatkan lagi hubungan kedua negara dengan semangat kejiranan yang amat harmoni serta saling hormat menghormati.

PMX sendiri juga semasa mengalu-alukan kehadiran rakan sejawatnya , merujuk beliau sebagai “rakan keluarga’ yang secara jelas menonjolkan hubungan akrab Paetongtarn dengan Malaysia.

Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ketujuh (AC), yang bertujuan mempererat hubungan dua hala dan memperkukuh kerjasama serantau.

PERTEMUAN TERTUTUP

Selesai acara sambutan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Paetongtarn Shinawatra kemudian mengadakan pertemuan tertutup membincangkan beberapa perkara terkait kepentingan antara dua negara.

Kedua-dua pemimpin itu seterusnya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala dan juga rundingan AC berkenaan.

Lawatan rasmi ini cukup bermakna apabila kedua-dua negara sepakat untuk memastikan semua projek yang dipersetujui bersama di sempadan siap pada masa yang ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media bersama antara Anwar dan Paetongtarn Shinawatra sebaik selesai mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara itu.

Antara projek itu adalah penjajaran jalan raya menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.

Turut menjadi fokus adalah projek pembinaan jambatan kedua menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dengan Sungai Golok di Narathiwat yang pastinya akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada kedua-dua negara.

Selain itu, Anwar dan Paetongtarn turut menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan, Seni dan Warisan serta MoU mengenai Pembangunan Industri Getah dan Kerjasama Ekonomi.

Natijah daripada kesepakatan yang dipersetuju, kedua-dua pemimpin membulatkan tekad mengulangi kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua negara yang berlandaskan kepentingan bersama dan kesalinghubungan ekonomi, dalam konteks dua hala dan ASEAN.

“Menuju ke hadapan, kolaborasi sedia ada akan terarah kepada bidang ekonomi, keselamatan dan kerjasama sempadan, serta meneroka inisiatif-inisiatif baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala,” tegas Anwar.

Malah, menurut Anwar, beliau percaya Malaysia dan Thailand akan memanfaatkan hubungan yang erat terjalin bagi menerokai kerjasama strategik ketika ini dan juga di masa hadapan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

———-

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *