Oleh: Sholina Osman
18 DIS. 2024
Kerajaan telah menerima dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo, Cuba selepas diserahkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan menerima dua individu berkenaan atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat.
“Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin telah ditahan di pusat tahanan berkenaan sejak tahun 2006,” katanya dalam kenyataan media.
MERANGKA PROGRAM REINTEGRASI
Beliau berkata, kerajaan sudah merangka program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan.
Tambahnya, ia merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.
Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua rakyat Malaysia ini. – JM