Malaysia gandakan hubungan, kerjasama perdagangan dengan negara lain 2025 – Rafizi

Oleh: Sholina Osman
18 DIS. 202

Malaysia akan menggandakan pendekatan secara terbuka bagi menjalin hubungan dan kerjasama perdagangan dengan negara lain sebagai strategi untuk tahun 2025, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun kata Rafizi ia tidak semudah seperti yang diungkapkan sebagai usaha membentuk kerjasama ini.

Beliau berkata, ia harus berpandukan kepada tiga prinsip asas sebagai amalan dalam berurusan dengan pihak asing.

PEMIKIRAN YANG MELANGKAUI

“Tiga perkara ini adalah keutamaan pembangunan, prinsip jiran yang baik serta pemikiran yang melangkaui perdagangan,” katanya semasa berucap pada Sesi 5 Persidangan Kepimpinan, Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Rafizi berkata, untuk keluar dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi makanproduktiviti yang lebih tinggi diperlukan.

Beliau berkata, produktiviti hanya boleh meningkat dengan inovasi dan teknologi.

MELALUI KERJASAMA TERBUKA

“Sejarah telah membuktikan bahawa inovasi dipupuk melalui kerjasama terbuka dengan pihak lain,” ujarnya.

Bagi negara pertengahan dengan populasi kecil seperti Malaysia, Rafizi berkata, ini bermakna pertukaran pengetahuan dan teknologi adalah penting jika ingin mencipta kejayaan.

“Tahun depan, apabila Kementerian Ekonomi melancarkan Rancangan Malaysia Ke-13, kami akan menekankan model kerjasama teknologi dengan negara lain,” katanya.

Beliau berkata, tumpuannya kepada harta intelek, R&D, dan pemilikan supaya keluar dari berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *