BIARKAN TENGKU ZAFRUL BEBAS MEMILIH

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
17 Disember 2024

Satu perkara yang jelas apabila Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan minat untuk menyertai KEADILAN ia dengan sendirinya memperlihatkan keyakinan beliau terhadap parti ini.

Tanpa ada keyakinan dalam dirinya, tidak mungkin Tengku Zafrul mahu memilih KEADILAN sebagai wadah perjuangan dalam keadaan beliau sendiri sudah berjawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor.

Maka itu, penulis berpendapat penyertaan Tengku Zafrul haruslah dilihat daripada sudut yang positif dan bukan berlandaskan emosi.

Berdasarkan prestasinya selaku menteri selama ini, kemasukan Tengku Zafrul juga tentunya membawa nilai tambah yang baik kepada KEADILAN.

Mereka yang sedia ada dalam parti tidak harus merasa curiga atau bimbang kerana lagi ramai pemimpin-pemimpin yang baik, ia akan memastikan KEADILAN bertambah baik lagi serta terus diyakini rakyat.

Tidak mustahil selepas kemasukan Tengku Zafrul, lebih ramai lagi daripada pelbagai parti lain yang berminat untuk turut menyertai KEADILAN.

HAK ASASI MANUSIA

Memilih mana-mana parti sebagai wadah perjuangan adalah hak asasi setiap manusia yang bebas membuat pilihan berdasarkan pertimbangan mereka sendiri.

Tidak timbul isu mencuri, lompat parti atau sebagainya, lagi pula disebabkan Tengku Zafrul bukanlah Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau tidak terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.

Ini bermakna dan perlu diterima hakikat bahawa beliau bebas untuk menyertai mana-mana parti mengikut nalurinya.

Tambahan lagi, UMNO dan KEADILAN adalah sesama rakan dalam Kerajaan Perpaduan, berpindah antara kedua-parti tidak akan menggugat kestabilan kerajaan atau menyebabkan blok pembangkang bertambah kuat.

Kekuatan atau manfaat yang diperolehi tetap tertumpah kepada Kerajaan Perpaduan.

PENDEKATAN POLITIK YANG MEMBINA

Selain itu, seperti mana dijelaskan Tengku Zafrul sendiri iaitu fokusnya ialah kepada rakyat berdasarkan pendekatan politik yang membina, bukan menghancurkan, ia sekaligus memberi makna penyertaannya ke dalam KEADILAN adalah semata-mata bertunjangkan kebaikan kepada semua.

Maka itu, selain semua pihak dalam KEADILAN haruslah berlapang dada, UMNO juga mesti ada sikap terbuka menerimanya.

Seperti ditegaskan oleh Presiden KEADILAN sewaktu berucap dalam Kongres Khas KEADILAN 2024 , Ahad lalu dengan jelas mengingatkan jangan
ada pimpinan yang merasa tercabar apabila ramai orang luar yang mahu bersama dalam parti KEADILAN dan ingin menyumbang.

Kata Datok Seri Anwar Ibrahim lagi “…biar mereka menjadi nilai tambah dan pimpinan yang ada jangan pula rasa tercabar. Teruslah bersikap profesional dan terus perkuatkan gerakan di kawasan masing masing.
Kata Presiden lagi pimpinan datang dan pergi namun yg ‘hard cord ‘ tetap akan setia walaupun dengan atau tanpa imbuhan dan jawatan.
Itulah yg membezakan seorang anggota dengan anggota yang lain.

Bagi penulis pula turut merasa bangga – apabila semakin ramai ‘orang besar-besar juga bangsawan sudah mahu bersama kita ‘ itu pertanda parti KEADILAN sudah semakin dominan dan menjadi intaian rakyat.

Penulis sendiri pernah ada pengalaman hidup dalam komuniti jumud dan amat ‘anti KEADILAN ,” . Namun setelah Anwar menjadi PMX secara tiba-tiba berlumba-lumba pula komuniti tersebut mahu menjadi anggota bendera biru muda .

Wah..kini penulis merasa bangga kerana rakan-rakan biru muda semakin bertambah di komuniti kami.

Apa yang penting – pintu KEADILAN perlu dibuka seluasnya untuk ‘orang besar dan orang kecil ‘ menjadi anggota.

Keahlian baru yang melonjak akan menyegarkan lagi KEADILAN di bumi Malaysia hingga cahayanya menyinar ke pelusuk dunia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *