KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

Oleh: Sholina Osman
9 DIS. 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius amaran Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) berkenaan hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 11 Disember 2024 di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang berkemungkinan mengakibatkan gelombang kedua banjir.

Sehubungan dengan itu, dalam kenyataan media KPM menjelaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diarah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi.

Semua jawatankuasa diminta untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir berdasarkan surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran yang sedang berkuat kuasa.

TIADA CALON TERJEJAS

Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan KPM merangkumi tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana banjir.

Bagi menghadapi Ujian Amali Sains, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember 2024, KPM telah mengaktifkan prosedur standard operasi Ops Payung.

Ini penting bagi memastikan ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon yang terjejas.

KPM komited memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga KPM terpelihara dalam menghadapi bencana banjir. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *