MAIPs laksana Full Fledge Persekitaran Perkomputeran Awan bersama TM

Oleh: Sholina Osman
4 DIS. 2024

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pantas mengorak langkah apabila mendahului Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan pelaksanaan Full Fledge Persekitaran Perkomputeran Awan bersama dengan Telekom Malaysia (TM).

Bagi mencapai hasrat itu, majlis Menandatangani Certificate of Acceptance, Perkhidmatan TM Cloud Alpha Edge dengan MAIPs diadakan di
Bilik Mesyuarat Utama Dewan Kuliyyah MAIPs, Bohor Temak, Kangar.

MAIPs diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya,
Mohd Nazim Mohd Noor, Naib Presiden, TM One Perniagaan Negeri, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Naib Presiden Kanan Credence,
Moharmustaqeem Mohammed.

Hadir sama Ketua Pengurus Projek, Nasrudin Abd Shukor.

ANTARA AGENSI TERAWAL

Sementara itu Mohd Nazim berkata, MAIPs berbangga apabila menjadi antara agensi terawal di Malaysia dan di Perlis yang bakal memacu transformasi pendigitalan awan.

“Ini adalah satu anugerah yang amat bermakna,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan semua pihak yang sentiasa menyokong usaha ini termasuklah pihak TM One dan Credence.

MEMPERTINGKAT PENGURUSAN MAIPs

Kata Mohd Nazim, kolaborasi ini akan mempertingkat pengurusan MAIPs dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun.

Beliau berkata, sebagai agensi yang berinteraksi dengan orang awam maka diharap pelan pendigitalan ini akan dapat membantu meningkatkan lagi perkhidmatan sedia ada.

Mohd Nazim berkata, sekalipun bakal menghadapi pelbagai cabaran tetapi beliau yakin dengan transformasi ini akan mampu memacu MAIPs untuk lebih mantap. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *