



Oleh: Sholina Osman
4 DIS. 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perlis bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perlis telah menganjurkan Program Pembudayaan Gerakan Koperasi Negeri Perlis Bersama Media Perlis.
Program ini melibatkan anggota koperasi, kakitangan SKM, ANGKASA dan juga pengamal media dari Persatuan Wartawan Perlis (PWP).
Berikutan itu dianjurkan satu pertandingan boling di Lite Super Bowl, The Store, Kangar.
Hadir sama Pengarah SKM Perlis, Zaid Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Ashikin Talib dan Presiden PWP, Syed Azlan Syed Hizar.
DAPAT MENINGKATKAN HUBUNGAN
Sementara itu dalam ucapan perasmian Zaid berkata, usaha mengumpulkan wakil media, SKM, ANGKASA dan gerakan koperasi didalam satu forum bagi sama-sama bertukar fikiran dan pandangan supaya dapat meningkatkan hubungan antara pihak media dan gerakan koperasi.
Beliau berkata, ini kerana media
memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita penglibatan aktiviti sosial dan ekonomi oleh koperasi setempat.
Sehubungan itu, katanya, gerakan koperasi amat menghargai peranan yang dimainkan oleh agensi media di Malaysia.
KERJASAMA DAN KEFAHAMAN
Katanya, perlunya kerjasama dan kefahaman antara media dan SKM, ANGKASA dan ahli koperasi.
“Pihak media sentiasa didampingi bagi memberikan gambaran yang benar aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan gerakan koperasi supaya masyarakat tahu dan faham peranan dan usaha yang sentiasa dimainkan oleh SKM, ANGKASA dan gerakan koperasi,” jelasnya.
Zaid berkata, imej, visibiliti dan peranan SKM bersama ANGKASA akan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat melalui penglibatan pihak media.
WartawanJendela MADANI, Sholina Osman bersama dua rakan dari ANGKASA mendapat tempat ketiga dalam pertandingan boling. – JM