PMX perihatin derita mangsa banjir, arah beku cuti Menteri, Timbalan Menteri

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)

30 Nov 2024

Keadaan banjir di seluruh negara kini khasnya di Pantai Timur semakin memburuk berikutan hujan yang turun secara berterusan sejak beberapa hari lalu.

Sehingga ini sembilan negeri telah terkesan iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bilangan mangsa banjir juga terus mencatatkan peningkatan di mana setakat ini ia mencecah lebih 95,000 orang yang ditempatkan di Pusat-Pusat Pemindahan Semenrara (PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku sehingga di beberapa kawasan sehingga esok.

BERSIAP SEDIA

Susulan itu dan sebagai langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan cuti semua Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan serta-merta.

Beliau turut mengarahkan semua anggota Jemaah Menteri agar turun padang dan membantu rakyat yang terkesan akibat bencana banjir ekoran Monsun Timur Laut yang sedang berlaku sekarang.

“Semua menteri diminta terus tugas, (saya mengarahkan mereka) turun (turun padang).

“Ya, cuti (menteri dan timbalan menteri) akan beku,” kata Anwar.

Tindakan yang diambil Perdana Menteri ini menunjukkan beliau amat prihatin dan mengambil berat tahap tinggi tentang bencara banjir yang sedang melanda negara.

Sudah tentu beliau mahu semua Menteri dan Timbalan Menteri agar turun padang di negeri dan kawasan masing-masing bagi membantu mangsa banjir tanpa memikirkan siapa mereka.

Sebagai Perdana Menteri, Anwar memperlihatkan beliau adalah “bapa” kepada seluruh rakyat Malaysia.

PMX bertindak pantas bagi memastikan derita mangsa banjir dapat diringankan.


Penulis juga ada Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *