Raja Muda Perlis lawat mangsa banjir di PPS di Arau

Oleh: Sholina Osman
29 NOV. 2024

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau untuk meninjau keadaan mangsa banjir di kawasan tersebut.

Keberangkatan Baginda disambut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi, dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud.

Baginda turut dipersembahkan taklimat oleh Ahmad Mohsin mengenai operasi pemindahan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), APM, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Kesihatan, RELA, dan beberapa agensi lain.

Menurut taklimat tersebut, dua PPS telah dibuka di kawasan Arau, iaitu di SK Arau dan SK Guar Nangka.

MANGSA YANG TEEJEJAS

PPS ini menempatkan 71 keluarga dengan jumlah keseluruhan 234 mangsa yang terjejas akibat banjir.

Dalam lawatan itu, Raja Muda turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa peralatan solat kepada Mohd Izaimi.

Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, ketika menyerahkan sumbangan tersebut.

DAPAT MEMBERIKAN KESELESAAN

Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada mangsa semasa berada di pusat pemindahan sementara itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mangsa banjir terus terpelihara.

Baginda menekankan kepentingan kerjasama erat antara agensi dan sukarelawan untuk menghadapi situasi bencana dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *