Hussain Yee dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Dr.) Pengajian Islam KUIPs

Oleh: Sholina Osman
25 NOV. 2024

Mubaligh Datuk Mohd Hussain Yee dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Dr.) Pengajian Islam oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 yang kini dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin atau singkatannya (UniSIRAJ).

Menerusi penganugerahan ini, diharap Hussein Yee, 70, yang kini Presiden dan Pengasas Pertubuhan Al-Khaadem dapat terus menyumbang kepada usaha dan hasrat KUIPs untuk melahirkan para pencinta sunnah di negara ini.

Pada konvokesyen yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor di Dewan 2020, Kangar ini, seramai 837 graduan termasuk juga yang diraikan adalah Alumni KUIPs Tahun 2020 dan Tahun 2021 yang terjejas dengan pandemik COVID-19 turut menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Raja Muda dalam titah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pengurusan KUIPs atas inisiatif memanggil semula graduan untuk diraikan secara khusus dalam Istiadat Konvokesyen pada kali ini kerana pada tahun 2020 dan 2021 Istiadat Konvokesyen diadakan secara hybrid.

Daripada jumlah ini seramai 379 menerima Ijazah Sarjana Muda, dan 458 Diploma.

KEJAYAAN YANG DIBANGGAKAN

Ini juga merupakan satu kejayaan yang dibanggakan dan membuktikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Marsya Nasrin Mohd dinobatkan Anugerah Canselor (Martabat Al-Syaraf Al-Ula) 2024 dan Nurin Wahidah Masrizal menerima Martabat Al-Syaraf Al-Ula 2020.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap para graduan yang diraikan memastikan semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi titik tolak dalam kehidupan masing-masing untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *