Oleh: Sholina Osman
12 NOV. 2024
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima kunjungan Pengetua, Pentadbir Kolej, Ketua Felo dan staf Bahagian Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pengerusi Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman UPSI, Prof Madya Dr Mohd Nizam Nasrifan berkata, Lawatan Penanda Aras ini melibatkan 19 Pengetua, Pentadbir Kolej, Ketua Felo dan staf Bahagian HEP.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari beberapa aspek pengurusan di kolej kediaman universiti ini.
Katanya, dalam lawatan ini mereka juga mendapatkan pandangan mengenai pengurusan asrama, pengurusan aktiviti pelajar, hal ehwal kebajikan pelajar dan pengurusan keselamatan pelajar.
MEMPERKUKUHKAN PENGURUSAN KOLEJ
“Kami berharap dengan lawatan ini kedua pihak dapat memperkukuhkan pengurusan kolej kediaman dan aktiviti pelajar nanti,” ujar beliau selepas mendengar taklimat oleh Pemangku Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah, Ustazah Nur Afifah Fadhil dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Dr Ihsan Idris.
Mereka yang hadir masing-masing dari Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Ungku Omar, Kolej Awang Had Salleh, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Za’ba dan Unit Kediaman Luar Kampus.
Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Fakulti al-Quran dan Sunnah KUIPs, Mohd Farkhi Azman, Pegawai Tadbir Fakulti Pengajian Islam, Rohana Zainol dan Ketua Bahagian Korporat, Samsudin Oli Mohamed. – JM