Insentif RM16,400 untukPara SUKMA Kontinjen Labuan – Dr Zaliha

Oleh: Sholina Osman
5 NOV. 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengumumkan insentif kemenangan berjumlah RM16,400 kepada Para SUKMA XXI Kontinjen Labuan.
“Bulan Oktober lalu sewaktu acara dengan atlet Para SUKMA di Kuala Lumpur, saya janji untuk mempertimbangkan insentif kewangan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) rasminya.

Dr Zaliha mengucapkan tahniah kepada kontinjen Labuan yang berjaya memungut sebanyak 7 pingat, iaitu 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Katanya, dari insentif yang telah dipersetujui ini, pingat emas sebanyak RM 3,000, pingat perak sebanyak RM 1,200 dan pingat gangsa sebanyak RM 800.

JURULATIH YANG BERJAYA

Selain atlet, beliau juga mengumumkan insentif kepada jurulatih yang berjaya membawa atlet menggenggam pingat emas, iaitu sebanyak RM1,000.

Beliau berkata, insentif seumpama ini adalah pertama kali diterima oleh atlet Para SUKMA.

Jelasnya, semoga insentif ini serba sedikit menjadi pembakar semangat kepada semua atlet Para.

Sebelum itu, Dr Zaliha juga turut meluangkan masa bersama-sama para atlet, pegawai dan jurulatih Para SUKMA ke-21 bagi kontinjen Labuan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *