KUIPs sampaikan Anugerah Dekan kepada 125 pelajar diploma/ijazah FPI

Oleh: Sholina Osman
28 OKT. 2024

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyampaikan Anugerah Dekan bagi Semester Februari dan September 2023/2024 kepada 125 pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI)nya di Dewan Serbaguna Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jalan Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Ia melibatkan 59 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan di mana masing-masing di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Kenyataan media KUIPs juga memaklumkan bahawa majlis kali ini turut menampilkan anugerah baharu bagi pelajar terbaik dari setiap program dengan pencapaian cemerlang dua semester berturut-turut.

TERPILIH MENGIKUT PROGRAM

Seramai lima pelajar telah terpilih mengikut program masing-masing iaitu Auni Ameerah Yusli, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian, Muhammad Arif Zakaria, Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi Islam) Dengan Kepujian, Puteri Nurul Faezzah Kiflee, Diploma Pengajian Islam, Aizullah Aman, Diploma Syariah dan Zaid Alhakeem Ahmad Farid, Diploma Bahasa Arab.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Rektor Akademik, Prof Dr Basri Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau berharap para pelajar yang menerima anugerah ini menjadi contoh terbaik kepada pelajar lain di kampus ini.

“Saya yakin kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja dalam tahap akademik tetapi juga dalam sahsiah dan keperibadian masing-masing,” katanya.

Sementara itu di majlis yang sama, Pemangku Dekan, Ustaz Mohammad Roshimi Abdullah turut menyampaikan ceramah “sharing moment” bertajuk “Kecemerlangan Dan Keterampilan Sahsiah”.- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *