YBR kekal jadi rakan strategik YTSP Perlis tahun 2025

Oleh: Sholina Osman
25 OKT. 2024

Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan terus kekal menjadi rakan strategik Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi tahun 2025 yang akan datang nanti.

Kenyataan media YTSP Perlis memaklumkan, YBR adalah penaja utama bagi beberapa program di Perlis bersama YTSP Perlis pada tahun ini.

“Antaranya Bengkel Ke Arah Jati Diri Yang Cemerlang Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih Di Negeri Perlis 2024 yang diadakan di Pulau Pinang,” katanya.

Juga diadakan Kem Jati Diri Untuk Pelajar-Pelajar Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis 2024 di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah Bukit Keteri.

PROJEK MENAIK TARAF

Selain itu juga sumbangan dana bagi projek menaik taraf Pembangunan Fasiliti Terapi Open Gym Universiti Malaysia Perlis (UnimAP) bagi meningkatkan fasiliti pembelajaran anak-anak autistik.

Malah YBR juga telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi sektor pendidikan negeri.

Kenyataan media ini juga memaklumkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga YTSP Perlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *