Oleh: Sholina Osman
15 OKT. 2024
Datuk Sri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang baharu.
Kenyataan media PMO memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa pada 14 Oktober 2024.
Beliau menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos 2024.
PENASIHAT MEDIA KHAZANAH
Mohammed Shazalli ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad.
Beliau akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.
Selain itu akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI. – JM