KUIPs pelawa sertai Persidangan Antarabangsa Isu Kontemporari Islam dan Pengurusan

Oleh: Sholina Osman
14 OKT. 2024

Fakulti Al-Quran dan Sunnnah (FQS) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Isu Kontemporari Islam dan Pengurusan (ICICM) ke empat pada 5 Disember 2024 di Hotel Putra, Regency Kangar.

Pengarah ICICM’24 Dr Muhammad Lukman Mat Sin dalam kenyataan media berkata, sebanyak sembilan subtema telah disenaraikan untuk peserta-peserta menghantar kertas kerja mereka untuk dibentangkan dalam persidangan kali ke-empat ini.

Antara subtema yang disenaraikan ialah berkaitan Realiti pengajian al-Quran dalam menghadapi cabaran kontemporari, Realiti pengajian Sunnah Nabawiyyah dalam menghadapi cabaran kontemporari, Realiti pengajian Akidah, Dakwah dan Usuluddin dalam menghadapi cabaran kontemporari dan Realiti pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Nawazil dalam menghadapi cabaran kontemporari.

BOLEH MENGHANTAR TOPIK

Peserta juga boleh menghantar topik mengenai Realiti pengajian bahasa dan sastera Arab dalam menghadapi cabaran kontemporari, Realiti pengajian pendidikan dan sains sosial dalam menghadapi cabaran kontemporari, Realiti pentadbiran dan ekonomi dalam menghadapi cabaran kontemporari, Realiti pengajian politik dan pengajian media dalam menghadapi cabaran kontemporari dan Realiti pengajian sejarah dan tamadun dalam menghadapi cabaran kontemporari.

Katanya, tarikh akhir penghantaran abstrak pada 25 Oktober 2024 manakala bagi penyerahan kertas kerja penuh pula pada 5 November 2024.

“Pihak urusetia akan memaklumkan penerimaan kertas kajian yang dihantar itu dalam tempoh dua minggu kepada peserta yang menghantar nanti,” ujarnya.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh menghubungi pihak urusetia pada atau selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2024.

Sempena persidangan ini peserta berpeluang memenangi Anugerah Kertas Kerja Terbaik dan Penyampai Terbaik dalam persidangan yang akan berlangsung pada 5 Disember nanti.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 0134648779 (Siti Zawani), 0184001483 (Dr Muhammad Lukman) dan 014749745 (Dr Khalilullah Amin) untuk keterangan lanjut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *