Pengarah RMIC KUIPs dilantik Pakar Perunding Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Lembaga Ruminan Negara

Oleh: Sholina Osman
12 OKT. 2024

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMIC) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Madya Dr Ahmad Shabudin Ariffin dilantik sebagai Pakar Perunding Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mulai 14 Oktober 2024 hingga 13 Oktober 2025.

Pelantikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia bertarikh 7 Oktober 2024 ini diterima oleh Dr Ahmad Shabudin pada 8 Oktober 2024.

Pelantikan pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan KUIPs ini bagi membantu KPKM ini untuk menubuhkan Lembaga Ruminan Negara yang menjadi badan utama dalam menyelaras dan memperkukuhkan pembangunan industri ruminan di Malaysia.

MEMUTUSKAN KEBOLEHLAKSANAAN KESESUAIAN

Dr Ahmad Shabudin yang ditemui berkata, pelantikan beliau juga bagi memutuskan kebolehlaksanaan kesesuaian penubuhan lembaga ini sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat berketepatan dengan usaha untuk merapatkan hubungan dengan industri terutamanya dalam input penyelidikan.

Katanya, MARDI telah dilantik untuk menyelaras dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan lembaga ini ini melalui peruntukkan pembiayaan yang telah disalurkan kepada institute itu.

Antara peranan beliau ialah bertanggungjawab terus kepada Pengarah Projek Kajian dan menyedia serta memberikan maklum balas kepada Pengarah Projek sepertimana diperlukan untuk memenuhi skop laporan kajian yang akan disediakan.

Dalam masa yang sama juga beliau bertanggungjawab menyediakan laporan mengikut ketetapan yang telah ditentukan dalam skop yang dipersetujui dalam cadangan yang dikemukakan termasuk melibatkan diri dalam lawatan atau mesyuarat yang diadakan bagi tujuan laporan penyediaan kajian ini.

Moga dengan pelantikan ini memberikan juga keterlihatan kepada KUIPs yang membenarkan kakitangannya terlibat sebagai pasukan perunding kepada Institut dan KPKM sepertimana dikehendaki oleh Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes (ES) institut yang bertanggungjawab kepada MARDI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *