Cuti hujung minggu: KPM letak Johor dalam negeri Kumpulan B

Oleh: Sholina Osman
11 OKT. 2024

Institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama dengan negeri-negeri lain dalam Kumpulan B yang menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyebut bahawa dalam Kumpulan B ini nanti maka Johor akan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan juga Selangor.

Perubahan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Ia akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

KPM mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di negeri Johor kepada hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, DYAM Tengku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *