Menang bergaya :- Gabungan PH/BN terpaling diterima rakyat.Oleh Noraini Nordin

Last round GOTV wanita KEADILAN..semoga kejayaan milik kita..

(Sorotan PRK DUN Mahkota)

Kemenangan calon BN yang disokong oleh Kerajaan Perpaduan dalam PRK Dun Mahkota semalam adalah pencapaian manis menuju masa depan yang lebih cemerlang.

Ia adalah bukti Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin diterima rakyat dan tiada keraguan lagi untuk terus dipertahankan menerajui negara ini.

Dalam keputusan semalam, calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti besar iaitu 20,648 undi.

Beliau memperolehi 29,995 undi menewaskan pencabarnya, Mohamad Haizan Jaafar daripada PN yang mendapat 7.347 undi.

Dalam PRN Johor sebelum ini, calon BN Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain memenangi kerusi Dun Mahkota dengan majoriti 5,166 undi melalui pertandingan empat penjuru.

Bermakna, majoriti kemenangan BN dalam PRK kali ini meningkat hampir empat kali ganda jika dibandingkan keputusan PRN lalu.

MAJORITI BESAR

Sudah tentu prestasi lebih baik dengan majoriti kemenangan lebih besar diperolehi oleh BN dalam PRK ini adalah disumbangkan oleh semua pasukan dan jentera kerajaan madani yang sama-sama bertungkus lumus dalam tempoh kempen selama dua minggu yang lalu.

Segala penat lelah dan pelbagai ranjau yang dilalui sepanjang kempen seolah-olah telah terbayar dengan kemenangan majoriti besar ini.

Selain kemenangan itu memperlihatkan penerimaan rakyat yang kian jitu terhadap kerajaan perpaduan, ini juga merupakan petunjuk bahawa kerjasama parti-parti sedia ada yang membentuk kerajaan haruslah dikekalkan menuju perjuangan masa depan.

Rakyat ternampak menerima dan gembira dengan kerjasama PH dan BN dalam menerajui negara ini.

Untuk itu, PH dan BN harus lebih mengukuhkan kerjasama serta dalam masa yang sama, mestilah cuba meminimakan persengketaan sesama sendiri.

Apa-apa perbalahan, terutama melibatkan UMNO dan DAP, hendaklah cuba diselesaikan secara dalaman.

Tak usah lagi mencuci ‘kain kotor ‘ di khalayak ramai kerana mereka kini sama-sama ada tanggungjawab bersama dalam kerajaan untuk membela rakyat.

Jika ia dapat dilakukan, tidak ada sebab calon Kerajaan Perpaduan tidak boleh terus menikmati kejayaan jika ada lagi PRK selepas ini, malah mempertahankan kedudukan dalam PRU16 pun sudah ternampak jalan yang lebih terang.

Terbukti gabungan PH/BN terpaling diterima rakyat.

Tahniah Syed Hussein . Selamat bertugas dengan cemerlang.

Tahniah pengundi DUN Mahkota. Kalian pengundi yang bijak .

Tahniah semua jentera. Terus maju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PMX.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *