Oleh Noraini Nordin
20 September 2024
Malam ini akan berlangsung Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Himpunan yang bertemakan Dari Reformasi ke Malaysia Madani itu akan bermula pada jam 8.00 malam dan ia adalah untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi di negara ini.
Detik 20 September 1998 adalah tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah ISA setelah dipecat daripada UMNO pada 2 September tahun yang sama.
Selepas itu beliau dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah, selain dipukul di dalam lokap polis tidak lama selepas penahanannya.
Program malam ini dimulakan dengan Babak 1 yang bertemakan Permulaan dengan sessi awal untuk mengimbau apa yang berlaku antara 2 September hingga 20 September 1998 yang disampaikan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.
Kemudian diikuti dengan sessi Gerakan Rakyat dan Demonstrasi oleh Datuk Romly Ishak dan Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman.
Seterusnya diikuti dengan sessi Suara Rakyat oleh Dr Mohd Nor Manuty, De Radzi, Datuk Abdullah Sani, Kamarudin Hussain, Cikgu Amidi, Krishnasamy, Khairul Anuar dan Goh Keat Peng.
Babak 2 yang bertema Perjuangan dimulakan dengan persembahan koir “Bangun” oleh Ora Fiza.
Ia kemudian diikuti dengan ucapan oleh Fuziah Salleh bertajuk Penubuhan Parti dan Penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia.
Seterusnya diikuti dengan persembahan video bertajuk Pembebasan DSAI oleh Pawanchek Merican.
Menyusul selepasnya ialah segmen bertajuk Agenda Ekonomi Malaysia oleh Wong Chen, diikuti Bersih dan Hindraf oleh Chang Li Kang & Teater.
Mengambil bahagian seterusnya ialah Menteri Komunikasi untuk mengimbas Significant Electoral Result 2008 dan segmen Kemenangan Semakin Hampir oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum dipertontonkan Persembahan Silat oleh Dari Kurama, Zaki Yamani dan Farid Kamil.
Acara kemuncak himpunan malam ini adalah ucapan Perdana Menteri yang bertajuk Reformasi dan Masa Depan Malaysia.
Sebelum himpunan berakhir, para hadiran akan disajikan dengan persembahan oleh Bunkface bertajuk Malaysia Madani.