Himpunan Keadilan Suara Rakyat imbau sejarah juang PMX

Oleh Noraini Nordin

19 Sept 2024

Saya adalah antara insan yang amat teruja untuk bersama-sama menyertai Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat yang bakal berlangsung di Stadium Axiata Bukit Jalil malam esok (Jumaat).

Perhimpunan yang paling dinanti yang pastinya membawa imbauan sejarah perjuangan Datok Seri Anwar Ibrahim sejak lebih 25 tahun lalu.

Himpunan KEADILAN Suara Rakyat , Suara Keramat ‘Dari Reformasi ke Malaysia Madani ‘ adalah juga
sebuah himpunan untuk memperingati kejayaan perjuangan reformasi di negara ini.

MENYAMBUT REFORMIS

Walaupun perhimpunan bakal bermula pukul lapan malam esok saya dimaklumkan ramai rakan-rakan reformis dari seluruh negara yang mereka kini sudah berada di ibu negara untuk menyertai himpunan tersebut.

Begitu bersemangat mereka untuk bertemu kenalan lama dan baharu dalam suasana ceria serta gembira.

Semangat juang beginilah yang menjadikan saya tidak sabar untuk menyambut para reformis, sahabat-sahabat seperjuangan dari seluruh negara untuk bersama membangkitkan semangat reformasi yang kental.

Indah dan manisnya perhimpunan ini nanti adalah kerana Anwar sudah pun berjaya menjadi Perdana Menteri dan kini sedang menjalankan tugasnya dengan cemerlang menerajui Kerajaan Madani.

HIMPUNAN SKALA MEGA

Tahniah kepada penganjur yang mengusahakan himpunan skala mega ini yang bakal mencatatkan satu lagi sejarah gemilang KEADILAN.

Ia diusahakan secara bersama antara gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan mahasiswa yang menyokong perjuangan reformasi yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara khusus, Himpunan Gerakan Rakyat adalah bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi pada
20hb September 1998 yang bertempat di Dataran Merdeka yang menghimpunkan seluruh rakyat dari
seluruh negara sehingga terlahirnya sebuah parti politik baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang
kemudiannya dikenali hari ini sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat yang ditubuhkan melalui semangat reformasi itu sudah berjaya menerajui Kerajaan Madani dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru itu, Mantan Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini telah memaklumkan, ketetapan khusus telah dibuat supaya pimpinan – pimpinan peringkat negeri, cabang dan sayap
untuk mengambil peranan memobilisasi anggota-anggota di peringkat masing-masing bagi menjayakan himpunan tersebut.

Katanya, bagi negeri Selangor, setiap cabang di negeri itu dikehendaki menghantar peserta seramai 300 ke himpunan berkenaan.

“Bagi Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, setiap negeri dikehendaki memastikan cabang Keadilan masing-masing menghantar 200 peserta,” jelas beliau lagi.

Selain itu, bagi negeri-negeri yang lain, tegas Saifuddin, setiap cabang dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 orang peserta.

“Sayap Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan pula perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 hingga 20 orang dari setiap cabang,” tambah Saifuddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri.

Akhirnya, Saifuddin berharap agar dengan sokongan dan kerjasama semua pihak dalam Keadilan menjayakan Himpunan Gerakan
Rakyat itu nanti akan lebih menyemarakkan lagi semangat Malaysia Madani.

Ayuh semua ..kita berjumpa malam esok.

Reformasi..Reformasi..Reformasi

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *