DUN Mahkota kubu selamat BN , mampu menang bergaya

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK DUN Mahkota)

Penamaan calon PRK Mahkota sudah berakhir pagi tadi dan kini sah hanya pertandingan satu lawan satu berlaku antara BN dengan PN pada 28 September depan.

Calon BN iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.00 pagi dan diikuti lima minit kemudian oleh calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

Kedua-dua calon diiringi oleh pimpinan utama kedua-dua parti, tetapi jumlah penyokong yang mengiringi calon BN adalah lebih ramai berbanding penyokong PN.

Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana Dun Mahkota boleh dikatakan kubu yang selamat buat BN lantaran mereka telah menang dengan majoriti yang selama pada PRN Johor sebelum ini.

Dengan berbekalkan majoriti kemenangan sebanyak 5,166 pada PRN Johor sebelum ini, BN memang diketahui sedang bersemangat tinggi untuk mempertahankan kerusi tersebut.

SATU LAWAN SATU

Apa lagi pertembungan kali ini hanya pertandingan satu lawan satu berbanding perlawanan empat penjuru pada PRN Johor yang lalu.

Tambahan pula dengan kerjasama dan disokong oleh PH, hampir tiada sebab untuk BN boleh kalah pada PRK 28 September nanti.

Begitu, BN dan PH yang bekerjasama melalui kerajaan perpaduan tetap tidak memandang mudah PRK ini.

Mereka akan berkempen seperti biasa dan matlamat yang ingin dicapai bukan saja untuk memperolehi kemenangan, tetapi juga meningkatkan lagi jumlah majoriti kemenangan.

Makin tinggi majoriti yang mampu dimenangi, bererti makin bertambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *