Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK DUN Mahkota)
8 September 2024
Selepas kejayaan gemilang calon Perpaduan dalam PRK di Nenggiri kini DUN Mahkota menjadi tumpuan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah akhirnya dimuktamadkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.
Nama calon tersebut itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagu PRK Dun Mahkota, petang semalam.
PERSETUJUAN BERSAMA
Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata, pemilihan Syed Hussein diputuskan selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dengan pemilihan Syed Hussein yang mewakili golongan muda sebagai calon, ini adalah pendekatan terbaik dalam meneruskan kejayaan sebagaimana dicapai di Dun Nenggiri sebelum ini.
Era kini adalah era golongan muda dan di mana-mana juga di dunia, keyakinan rakyat kepada golongan muda yang berwibawa serta berbakat dalam kepimpinan sangat disanjung tinggi.
Golongan muda dianggap sebagai penerus kepimpinan yang mana bakat serta idea mereka perlu terus dipupuk dan diketengahkan.
Meletakkan calon muda bermakna mudah untuk mengulangi kejayaan di Nenggiri ke Mahkota pula.
Sehubungan itu, Onn Hafiz berharap lebih 60,000 pengundi Dun Mahkota akan memberi ruang dan peluang kepada Syed Hussien untuk meneruskan legasi Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sebelum ini.
“Syed Hussien ini calon berwibawa yang boleh kita ketengahkan daripada banyak calon berkaliber. Kita memilih beliau untuk meneruskan perjuangan dan perkhidmatan Datuk Sharifah Azizah.
“Walaupun berusia 40 tahun dan masih merupakan seorang calon muda, beliau telah berkhidmat agak lama dalam politik.
“Saya ada keyakinan beliau boleh memastikan BN menang pada 28 September ini,” kata Onn Hafiz lagi.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah pada 2 Ogos lepas.