71,290 calon lepasan STPM serta setaraf layak ke Universiti Awam – KPT

Oleh: Sholina Osman
6 SEPT. 202

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan seramai 71, 290 calon (77.47 peratus) layak melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).

Kenyataan media KPT memaklumkan jumlah ini melibatkan calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf (STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma).

Mereka ini telah mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) menerusi UPUOnline®️.

KPT juga memaklumkan secara keseluruhannya, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

“Pada tahun ini, KPT telah menerima 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM/ Setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®️,” katanya.

MENYUSUN SEMUA CALON

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan.

Ia boleh dilakukan menerusi UPUOnline®️ dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 6 September 2024, pukul 12.00 tengah hari sehingga 15 September 2024, pukul 5.00 petang.

Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya.

Semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *