Pengunjung tidak boleh lalu di Masjid India, tutup premis terdekat – Dr Zaliha

Oleh: Sholina Osman
24 OGOS 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengarahkan pihak berkuasa tidak membenarkan pengunjung melalui kawasan sekitar Masjid India serta menutup premis perniagaan terdekat buat sementara waktu.

Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan masih terdapat gas berbahaya boleh memudaratkan kesihatan yang keluar dari lokasi tersebut.

“Semua agensi berkaitan, termasuk pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan prosedur yang ditetapkan,” katanya menerusi petikan di FB beliau.

Media melaporkan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India yang merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pada pukul 8.22 pagi, 24 Ogos 2024 itu masih belum ditemui.

Dr Zaliha juga bergegas pulang ke Semenanjung lebih awal dari urusan rasminya di Kuching, Sarawak yang sepatutnya dijadualkan esok.

Beliau mahu melihat dan mendengar perkembangan keadaan semasa kejadian yang terjadi di Kuala Lumpur.

UNTUK MELIHAT SENDIRI

“Sebaik tiba, saya terus ke Masjid India untuk melihat sendiri keadaan tanah jerlus yang berlaku semalam melibatkan seorang warga India,” katanyq.

Beliau dimaklumkan pasukan penyelamat meneruskan ikhtiar dalam operasi pencarian mangsa di dua lagi baki lurang kumbahan.

Dalam masa yang sama, beliau turut dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan berikan bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa.

Dr Zaliha turut menzahirkan simpati kepad keluarga mangsa atas kejadian ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *