Calon Mahkota – Tuntutan Wanita UMNO wajar dipenuhi

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PAU 2024 – WTCKL)

24 Ogos 2024

Tuntutan Wanita UMNO agar calon mewakili sayap parti itu bertanding dalam PRK Dun Mahkota adalah sesuatu wajar dan tepat.

Oleh kerana sebelum ini kerusi itu ditandingi oleh calon Wanita dan berjaya menghasilkan kemenangan, maka ia perlu terus dikekalkan kepada sayap itu.

Meskipun tiada istilah kouta tetap dalam mana-mana kerusi untuk Wanita UMNO, namun disebabkan calon wanita di Dun Mahkota itu beroleh kemenangan, ia sepatutnya hendaklah dihormati.

Perubahan hanya mungkin dibenarkan jika dalam dalam pilihan raya sebelum ini, calon wanita yang bertanding itu tidak beroleh kemenangan.

Ketika itu, jika pucuk pimpinan merasakan ada calon yang lebih baik dan mampu membawa kemenangan, Wanita UMNO sendirinya tentunya tiada masalah untuk beralah.

Sementara keputusan akhir dalam soal penentuan calon adalah di tangan pucuk pimpinan membuat ketetapan, pihak-pihak lain dalam masa yang sama seharusnya menghormati perkara itu.

Tak payahlah mereka pun mahu menuntut juga untuk bertanding di Dun Mahkota.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Wanita UMNO Khamis lalu, Noraini Ahmad menuntut supaya calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kekal daripada pergerakan itu.

TIDAK TANDUS CALON WANITA

Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, kerusi tersebut penting bagi Wanita meneruskan legasi penyandang sebelum ini, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang juga Exco Wanita UMNO, yang menang dengan majoriti lebih 5,000 pada PRN Johor tahun 2022 lalu.

Malah, Noraini berkata, keupayaan Wanita UMNO juga terbukti apabila menang di ketiga-tiga DUN yang diwakili calon pergerakan itu pada PRN berkenaan, termasuk di Dun Pulai Sebatang dan Tenang.

“Kita tidak ketandusan calon daripada Wanita. Kita bekerja siang dan malam.

“Sekarang Mahkota, dulu (PRK Dun) Nenggiri. Tangan kanan bersalam, jangan pisau di tangan kiri.

“Kita memang mahukan kemenangan di Dun Mahkota, jadi kita menuntut supaya kerusi Mahkota diberikan kepada calon Wanita,” tegasnya lagi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) .

Berdasarkan logik yang ada di kerusi Dun Mahkota, pucuk pimpinan diharapkan tiada masalah untuk mendengar dan memenuhi tuntutan Wanita UMNO itu –

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *