LAWATAN PMX KE INDIA – RAIH POTENSI PERDAGANGAN RM8 BILION

(Petikan Berita/Foto FB Anwar Ibrahim)

22 Ogos 2024

Secara keseluruhan, lawatan ke India mencapai objektifnya di mana perbincangan mendalam dan secara telus antara PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PM Modi.

Mereka juga bersetuju untuk meningkatkan hubungan Malaysia-India ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Selain itu lawatan ini juga berjaya meraih potensi perdagangan sebanyak RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan dan produk kimia, minyak dan gas, serta bahan alat ganti kapal terbang.

” Penghargaan saya kepada Kerajaan India atas layanan sahabat juga kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak Pesuruhjaya Tinggi serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil” kata Anwar yang dipetik dari FB beliau

MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *