Oleh: Sholina Osman
18 OGOS 2024
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan dukacita memaklumkan bahawa Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di PMO, Rozaid Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang tadi (18 Ogos 2024) kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.
Dalam kenyataan media memaklumkan bahawa Allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.
Allahyarham dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei 2023.
Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisiNya. – JM