Gadis viral capai tontonan 5.7 juta di Tik Tok pelajar baharu POLIMAS

Oleh: Sholina Osman
17 OGOS 2024

Seorang gadis yang viral di Tik Tok sehingga mencecah 5.7 juta tontonan antara pelajar baharu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah.

Tajuk Tik Tok, “Bapa gagah diri bangun dari kerusi roda sebelum “lepas” anak masuk ke kolej, berjurai air mata saat duit RM50 dikeluar dari dompet” yang berdurasi 43 saat tersebut telah meraih tontonan melalui platform salah satu media perdana.
 
Pelajar berkenaan, Nurul Amirah Masarah Muslim atau dipanggil Kak Teh dalam keluarga ini adalah anak kelima dari 7 orang adik beradik.

Bapa beliau merupakan pembantu peniaga manakala ibunya seorang suri rumah.

MEMUATKAN VIDEO INI

Tik Tok ini menjadi viral apabila kakaknya Ain Muslim atau nama penuhnya Nurul Ain Natasha Muslim memuatkan video ini di Tik Tok seterusnya dicapai oleh salah satu media perdana ternama hingga menyebabkan ia viral.

Orang ramai berasa terharu apabila bapanya Muslim yang menghidap “minor stroke” pada sebelah kanan badan bangun dengan bersusah payah sambil menghulurkan duit RM50.

Pelbagai komen positif telah dibuat oleh pengguna akaun Tik Tok termasuk memberikan galakan kepada beliau untuk belajar bersungguh-sungguh demi membantu keluarga yang dikategorikan sebagai B40.

Nurul Amirah Masara berasal dari Puchong, Selangor dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yar, Puchong.

Beliau mendapat 1A dengan 8 subjek lain sebagai kredit telah membolehkan beliau menyambung pelajaran peringkat Diploma Teknologi Maklumat di POLIMAS.

Ketika ditanya kenapa memilih belajar di POLIMAS, beliau akui memilih POLIMAS kerana persekitarannya yang menarik , yuran murah serta suasana pembelajaran selesa serta pensyarah sangat membantu.

KERANA PELUANG PEKERJAAN

Katanya lagi beliau memilih bidang Diploma Teknologi Maklumat kerana peluang pekerjaan yang luas serta seronok belajar dengan menggunakan komputer.

Bila ditanya cita-cita beliau, beliau berkata ingin menjadi Guru Teknologi Maklumat.

Beliau mengakui amat terkejut dan sebak atas nasihat yang diberikan oleh pengguna Tik Tok dan berjanji kepada diri saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menghargai nasihat yang telah diberikan.

Bila ditanya apa nasihatnya kepada netizen di luar sana, “Untuk semua pelajar jangan pernah berputus asa untuk terus mengejar ilmu walau dimana sahaja kerana Allah sudah tentukan rezeki masing-masing”.

Pihak POLIMAS juga turut memberikan sumbangan kepada beliau menerusi sumbangan zakat sebanyak RM200.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Mohd Zahari Ismail dalam satu majlis di Dewan Sri Mas, POLIMAS.-
JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *