Ganggan bekalan elektrik di Labuan semakin terkawal – Dr. Zaliha

Oleh: Sholina Osman
12 OGOS 2024

Ganggan bekalan elektrik di Labuan dalam keadaan semakin terkawal, tetapi masih memerlukan perhatian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, ini dibuktikan melalui penurunan kes aduan rakyat terhadap gangguan bekalan elektrik jika dibandingkan dengan tahun lalu.

“Saya dimaklumkan juga pengagihan tahunan Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) adalah pada kadar membaik dan “load shedding” juga semakin memulih berbanding tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Dr Zaliha telah mengadakan perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

KESELURUHAN BEKALAN ELEKTRIK

Tujuannya untuk mendapat gambaran keseluruhan bekalan elektrik di Labuan, potensi jalinan kerjasama strategik antara TNB, SESB dan Perbadanan Labuan.

“Antara perbincangan kami juga turut terkait dengan inisiatif Labuan SMART Island,” katanya.

Dr Zaliha berkata, dengan terlaksananya Labuan SMART Island ini nanti, prestasi SAIDI dapat diturunkan daripada 94 peratus pada ketika ini kepada 50 peratus menjelang tahun 2027. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *