Program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 dekatkan KUIPs, masyarakat Felda Chuping

Oleh: Sholina Osman
10 OGOS 2024

Program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 yang berlangsung pada 3 dan 4 Ogos telah berjaya mendekatkan warga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan masyarakat setempat khususnya peneroka Felda Chuping.

Majlis ini juga lebih bermakna apabila Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor KUIPs berkenan menyempurnakan program Semarak Merdeka Madani 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping.

Terdahulu keberangkatan Baginda disambut oleh Rektor KUIPs, Prof Dr Rozaimi Ramle dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis (Sektor Pengurusan Sekolah) Hamidi Saad.

Hadir sama Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa dan Sektor Swasta (PIBKS), Reswan Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Encorp Berhad, Hazurin Harun dan Pengarah Eksekutif Perak Transit Berhad, Datuk Cheong Peak Sooi.

MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

Program selama dua hari itu telah dianjurkan oleh KUIPs sebagai penganjur utama dan turut mendapat kerjasama daripada PIBKS serta komuniti Felda Chuping yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memperkukuhkan hubungan KUIPs, PIBKS dan komuniti setempat.

Antara program yang dianjurkan selama dua hari itu ialah pertandingan bola sepak, “fun walk” pertandingan deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, ceramah merdeka, pertandingan gambar Merdeka Madani, sukaneka, penyampaian Bakul Kasih KUIPs dan beberapa aktiviti menarik lain. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *