Malaysia anjur acara tahunan MMW 2024 peringkat kebangsaan sejak 2014

Oleh: Sholina Osman
30 JULAI 2024

Kementerian Pengangkutan (MOT) sekali lagi menganjurkan Malaysia Maritime Week 2024 (MMW 2024) yang merupakan acara tahunan bagi peringkat kebangsaan sejak tahun 2014.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan majlis perasmian MMW 2024.

Kenyataan media MOT menyebut penganjuran majlis ini seiring dengan Malaysia selaku negara ahli dan Ahli Majlis International Maritime Organization (IMO).

KEPENTINGAN SEKTOR MARITIM

IMO meraikan World Maritime Day (WMD) pada bulan September setiap tahun untuk mengetengahkan kepentingan sektor maritim di persada dunia.

Sehubungan itu, melalui kerjasama strategik dengan Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA) dan pemain industri, acara ini telah menjadi platform untuk membincangkan perkembangan dalam industri maritim, terutamanya pengemaskinian kepada peraturan yang ditetapkan oleh IMO.

Tema World Maritime Day 2024 adalah “Navigating the Future: Safety First!”.

Malah tema ini juga merayakan ulang tahun ke-50 konvensyen antarabangsa Safety of Life at Seas, 1974 (SOLAS 1974), yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1913.

Konvensyen ini kekal sebagai peraturan keselamatan maritim antarabangsa yang paling penting.

KOMITMEN BERTERUSAN MALAYSIA

Pada masa yang sama, Malaysia juga menyambut ulang tahun ke-40 meratifikasi konvensyen tersebut yang menunjukkan komitmen berterusan Malaysia terhadap keselamatan maritim.

MMW2024 terdiri daripada dua persidangan iaitu Persidangan Malaysia Maritime Week selama dua hari yang merangkumi aspek keselamatan perkapalan selaras dengan tema World Maritime Day IMO.

Manakala persidangan pada hari terakhir akan memberi tumpuan kepada kemajuan industri perkapalan ke arah kelestarian selaras dengan IMO GHG Strategy 2023 dan perjanjian perubahan iklim antarabangsa yang lain. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *