Oleh: Sholina Osman
31 JULAI 2024
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran dan bersolidariti bersama dengan rakyat Palestin.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil dalam kenyataan media berkata, Jemaah Menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Palestin itu dan menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut dibawa ke muka pengadilan.
Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman. – JM