Media sosial, pesanan Internet perlu mohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi

Oleh: Sholina Osman
29 JULAI 2024

Semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyebut ini berikutan satu kerangka kawal selia baharu akan diperkenal pada 1 Ogos 2024 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

Ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial (social media services) dan perkhidmatan pesanan Internet (Internet messaging services) mesti mematuhi undang-undang Malaysia.

Ia dilaksanakan demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

TARIKH KUAT KUASA

Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan, dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.

Sebelum ini, platform-platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

Kerangka kawal selia baharu tersebut hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.

Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat, serta pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *