Malaysia-Filipina tingkat hubungan dua hala bidang pertanian

Oleh: Sholina Osman
19 JULAI 2024

Malaysia dan Filipina berhasrat untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang pertanian.

Ia melibatkan dari aspek
perdagangan pertanian serta kerjasama teknikal dalam sub-sektor tanaman, ternakan
dan juga perikanan.

Kenyataan media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga menyebut ia hasil perbincangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, PYT Maria Angela Abrera Ponce .

Mohamad menerima kunjungan hormat PYT Maria pada 17 Julai 2024 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.

Ini adalah pertemuan kali pertama Mohamad sejak PYT Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.

RAKAN DAGANG TERBESAR

Menerusi kunjungan hormat tersebut PYT Angela
memaklumkan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor
pertanian Filipina di Rantau ASEAN.

Beliau menjelaskan telah diberi tanggungjawab oleh
Kerajaan Filipina untuk mengukuhkan kerjasama pertanian terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan dengan Malaysia.

Data perdagangan bagi tahun 2023 merekodkan nilai eksport dari Malaysia ke Filipina
sebanyak RM5.41 bilion.

Berbanding dengan nilai import dari Filipina ke Malaysia sebanyak RM1.28 bilion seterusnya menyumbang kepada imbangan perdagangan positif kepada negara.

Di akhir pertemuan, Mohamad telah menjemput PYT Angela ke Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September ini.

Beliau juga mempelawa penyertaan pihak Republik Filipina dalam acara dwi-tahunan tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Azah
Hanim Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Nor Sam Alwi serta pegawai-pegawai KPKM dan Jabatan dan Agensi di bawah KPKM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *