Oleh: Sholina Osman
18 JULAI 2024
Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 menawarkan 500 hadiah kepada peserta yang menyertai program selama dua hari mulai 3 Ogos ini di Felda Chuping, Perlis.
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, program di mana KUIPs selaku penganjur utama ini memdapat kerjasama dariada Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) serta Komuniti Felda Chuping Perlis.
Katanya, program Corporate Sunnah Responsibility (CSR) di bawah projek tanggungjawab sosial korporat universiti ini diadakan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memperkukuhkan hubungan antara PIBKS dan komuniti setempat.
“Pastinya program memperkasa pendidikan, kewangan islam dan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat ini dapat mengeratkan hubungan semua pihak,” ujar beliau lagi.
MENJEMPUT SEMUA WARGA
Sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini, beliau juga menjemput semua warga Perlis dan utara tanah air sama-sama hadir untuk memeriahkannya.
Antara pengisian program dua hari itu ialah acara kacau Bubur Merdeka Madani, pertandingan deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, ceramah merdeka, fun walk, interaktif ‘NADI’, pertandingan gambar Merdeka Madani, sukaneka dan forum.
Dalam pada itu pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat guaman dan perancangan kewangan percuma yang dikendalikan oleh KUIPs.
Sambil membeli barangan di Jualan Rahmah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga boleh mengunjungi kaunter KUIPs untuk mendaftar dan mendapatkan penerangan mengenai tawaran Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs.