KEGANASAN TERHADAP WANITA MESTI DIHENTIKAN – FADHLINA SIDEK

(Petikan bahan/foto FB Fadhlina Sidek)

Inalillahi wainna Ilayhi rajiun.

Semalaman saya berfikir. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita ini?😭

Minggu lalu,kita kehilangan seorang wanita yang meragut nyawanya sendiri setelah menjadi mangsa buli siber.

Minggu ini, seorang bakal pendidik ditemui mati,dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Sebelum itu, entah berapa banyak berita dan kes wanita mati dibunuh oleh pasangan masing-masing.😭😭😭

Puan-puan,
Keganasan terhadap wanita sudah sampai kemuncaknya apabila ramai wanita mati di tangan suami atau pasangan masing-masing. Ada sebuah istilah dikenali sebagai “Femicide” merujuk kepada situasi wanita yang mati dibunuh kerana gendernya.

Termasuk dalam kategori ini juga adalah ” intimate partner violence”.

Saya ingin berpesan begini, di saat Akta Keganasan Rumahtangga di negara kita telah dipinda untuk memberikan kesan efektif kepada perlindungan dan dakwaan kes keganasan, masih ada wanita kita bertarung nyawa di dalam ruang rumah tangga sendiri. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi ruang sakinah, memupuk mawaddah wa rahmah, tidak lagi menjadi tempat yang selamat.

KENAL PASTI TANDA-TANDA KEGANASAN AWAL

Sebab itu saya selalu tekankan, puan-puan mesti mengenalpasti tanda-tanda awal keganasan rumahtangga dan konflik rumahtangga dengan lebih awal. Segera dapatkan bantuan!

Pembunuhan oleh suami/ pasangan adalah kemuncak keganasan rumahtangga selepas siri-siri keganasan rumahtangga yg lain!

Implikasinya bukan sedikit kerana ia melibatkan isu trauma kepada seluruh ahli keluarga khususnya anak-anak.Intervensi paling segera adalah kaunseling trauma kepada keluarga mesti diutamakan.

Puan-puan,
Tragedi yang berlaku sangat mengesankan seluruh aktivis wanita yang setiap hari bangkit untuk memastikan wanita kita terus diberikan kesedaran ilmu,advokasi undang-undang dan bimbingan berkaitan keganasan terhadap wanita.

Masyarakat kita mesti lebih tegas dan mengambil tanggungjawab bersama pihak autoriti dalam memastikan keselamatan dan perlindungan terhadap wanita.

Wanita KEADILAN akan terus melaksanakan program serta advokasi untuk masyarakat berkaitan kesedaran terhadap keganasan dan perlindungan untuk wanita.

Keganasan terhadap wanita mesti dihentikan!

Semoga Allah SWT melindungi kita semua.❀️

Kak Fadh,
Ketua Wanita KEADILAN

(YB Fadhlina Sidek)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *