Kritikan , serangan bertali arus tidak gugat semangat PMX terus gigih membela rakyat

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan berita)
12 Julai 2024

Di sebalik kritikan dan serangan pelbagai pihak yang bertali arus, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti terus gigih bekerja untuk rakyat dan negara.

Jadual hariannya sentiasa padat dengan pelbagai program di sana sini dan seolah-olah tidak terganggu dengan cabaran menimpa.

Semalam, dua program berkaitan Islam Madani telah dihadirinya.

Program pertama, menyampaikan ucapan dalam Forum Global Madani 2024 anjuran IKIM dan selepas itu mengadakan Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana.

Majlis Ilmu Madani itu dihadiri sama dua Tokoh Ma’al Hijrah 1446H iaitu Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia dan Dato’ Seri Haji Hassan Ahmad, Mantan Mufti Pulau Pinang.

LAWATAN SEHARI DI TERENGGANU

Sehari sebelum itu, Anwar melakukan lawatan sehari ke Terengganu dengan menghadiri beberapa program di sana.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar yang kemudian dipelawa Anwar untuk menaiki pesawat bersamanya ke Kuala Lumpur.

Pokoknya Anwar tidak pernah lelah dalam bekerja untuk rakyat dan negara.

Sebagaimana azamnya untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk rakyat, beliau terbukti benar-benar bertungkus lumus dalam amanah yang dipikulnya.

Selain cabaran ekonomi dan untuk memberi kehidupan lebih baik untuk rakyat, cabaran politik dengan pelbagai isu yang tidak putus-putus juga perlu dihadapinya dengan cekal.

Kritikan dan hinaan tidak menjadi kudis kepada PMX . Bukan kerana beliau sombong atau tidak peka cuma fokus PMX adalah berusaha sehabis mampu mencari jalan untuk mensejahterakan rakyat.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *