Lebih 200 sertai wacana polemik anjuran KUIPs

Oleh: Sholina Osman
10 JULAI 2024

Lebih 200 peserta menghadiri Wacana Polemik “Hadis Dha’if antara Maqbul dan Mardud” pada 6 dan 7 Julai di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Kuala Perlis.

Pengarah Pusat Islam KUIPs Mohd Roesfan Sazzerin Mohd Sofi berkata, siri wacana ini merupakan salah satu usaha dan peranan universiti ini sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam mendepani pelbagai isu-isu semasa.

Katanya, wacana selama dua hari ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap polemik yang timbul melalui penerangan dan penjelasan ke arah kehidupan yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

“Selain itu, program ini juga adalah satu wacana ilmu dalam meningkatkan keterlihatan KUIPs kepada masyarakat umumnya sebagai pentas akademia,” katanya.

MEMBUKA MATA MASYARAKAT

Beliau berkata, sekali gus ia akan dapat membuka mata masyarakat tentang peranan institusi ini sebagai sebuah Institusi Pendidikan di Perlis.

Program Wacana Polemik Hadis Dha’if: Antara Maqbul dan Mardud ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Islam KUIPs.

Pendakwah bebas, Maulana. Dr. Hanaffie Hasin (atau lebih dikenali dengan Maulana Nasaie Hanaffie) antara penceramah jemputan bagi wacana ini.

Dengan penganjuran ini diharap dapat memperjelaskan kepada umat Islam berhubung kekeliruan yang timbul berkaitan isu-isu semasa selain daripada keterlihatan KUIPs sebagai sebuah kolej universiti di Perlis. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *