PRK SUNGAI BAKAP :- Komitmen padu Wan Azizah `berkampung’ bantu kempen cerahkan peluang Joohari menang bergaya

Undi Cikgu Joohari – Pesan Wan Azizah semasa berucap dalam majlis minum petang meraikan penduduk DM Ladang Sempah , Sungai Jawi.

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK N.20 Sungai Bakap)

2 Julai 2024

Dalam kehangatan pecutan akhir kempen PRK Sungai Bakap menyaksikan Pengerusi Majlis Penasihat Parti KEADILAN Rakyat , Datok Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turun padang membantu kempen calon Perpaduan Cikgu Joohari Ariffin.

Kehadiran Wan Azizah bersama pasukan jentera Perpaduan menyantuni pengundi Sungai Bakap tanpa mengira bangsa dan status masyarakat memberi kesan besar untuk mengalih sokongan pengundi kelabu menjadi pengundi putih untuk mengundi calon Perpaduan pada 6 Julai ini.

Sejak hari penamaan calon pada 22 Jun lalu ibu reformasi inilah antara pimpinan pusat parti yang turut `berkampung’ di Sungai Bakap bagi memasti calon Perpaduan meraih kemenangan bergaya.

Aktiviti kempen Wan Azizah dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah ziarah kasih, menyantuni peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar awam, taman-taman perumahan serta hingga ke ceruk desa dalam kawasan DUN Sungai Bakap.

MINUM PETANG BERSAMA PENDUDUK LADANG SEMPAH

Selain berkempen di lapangan, Wan Azizah juga turut hadir meraikan penduduk DM Ladang Sempah dalam Majlis Minum Petang di Sungai Jawi.

Dalam majlis tersebut Wan Azizah berpesan supaya mengundi
Calon Nombor 1 Cikgu Joohari Ariffin demi kesejahteraan DUN tersebut.

“PRK Sungai Bakap ini amat penting untuk kita memilih calon dari Kerajaan Madani bagi menyambung kesinambungan perlaksanaan program memperkasakan masyarakat,’” jelas Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak semasa berucap dalam majlis minum petang tersebut.

Turut bersama mengiringi Wan Azizah ‘turun padang’ ialah anggota Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang diketuai oleh Fadhlina Sidek .

Selain itu ada waktunya aktiviti kempen Wan Azizah turut disertai oleh anaknya iaitu Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Pengerusi Parti KEADILAN.

Sebagai figura negara yang terkenal dengan gaya keibuan serta menjadi sanjungan rakyat kehadiran Wan Azizah dalam siri-siri kempen PRU dan PRK amat dinanti oleh pengundi termasuklah di Sungai Bakap .

Pengundi mengambil peluang berfoto kenangan bersama isteri PMX ini dengan wajah ceria.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *