Mohamad Sabu teruja dapat tuai ikan talapia diternak dua bulan lalu

Oleh Sholina Osman
1 JULAI 2024

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meluahkan keterujaannya apabila kali pertama berjaya menuai ikan talapia yang diternak sejak dua bulan lalu di halaman rumah.

Keterujaan ini dikongsi oleh Mohamad dalam Facebook (FB)nya di mana ikan yang dituai itu siap dimasak dan dinikmati dalam keadaan segar.

Beliau berkata, ternakan itu dilakukan dari bantuan dan juga tunjuk ajar dari Aquaculture Resource Centre.

SELEPAS DIBUAT PENGKELASAN

“Alhamdulillah selepas dibuat pengkelasan, kami mendapat 40 kilogram,” katanya.

Mohamad berkata, ikan tilapia ini sudah cukup besar dan boleh dipasarkan dengan berat purata seekor mencecah 300gram.

Sehubungan itu Mohamad menyarankan agar lebih ramai yang menceburkan diri dalam bidang aquakultur ini kerana ia menjanjikan pulangan yang cukup berbaloi.

Mohamd berpuas hati kerana dalam tempoh yang singkat, ikan tilapia yang fiternak di halaman rumah dua bulan lalu kini sudah boleh dituai dan rasanya pun sedap dan segar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *