Oleh Noraini Nordin
(Sorotan dari Sungai Bakap)
Sungai Bakap kini mula menjadi tumpuan umum setelah kerusi wakil rakyat DUN tersebut kosong berikutan kematian ADUNnya iaitu Nor Zamri Latif pada 23 Mei lalu di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ibarat ‘gadis jelita’ yang menjadi rebutan sang jejaka begitulah pesona DUN Sungai Bakap yang bukan sahaja menjadi perhatian umum tetapi juga menjadi rebutan bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti masing-masing pada PRK nanti.
Sejak kekosongan luar jangka kerusi DUN N.20 Sungai Bakap diumumkan kumpulan penyelidik daripada pelbagai parti sudah mula melakukan risikan kalangan penduduk kawasan tersebut.
Wakil- wakil pelbagai parti juga ‘turun padang’ silih berganti siap siaga untuk menawan Sungai Bakap.
Rumah-rumah penginapan serta hotel sudah mula ditempah sehingga penghuiung Julai.
Begitu juga di kawasan persekitaran termasuk Batu Kawan, Seberang Jaya dan seluruh Parlimen Nibong Tebal.
Selain itu penginapan di Kulim juga turut mengalami tempahan mendadak yang ada kaitan dengan PRK Sungai Bakap.
MEDAN UJIAN MENGUJI PENGARUH
Suhu politik di Sungai Bakap juga pasti panas kerana DUN ini sekali lagi menjadi medan untuk parti-parti bertanding menguji tahap sokongan masing-masing khasnya bagi calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
ARUS SOKONGAN MULA KEMBALI KEPADA PH
Tinjauan awal penulis di Sungai Bakap mendapati arus sokongan sudah mula kembali kepada PH berbanding dengan parti lawan.
Melalui temu bual dengan pengundi – kesedaran terhadap perlunya ADUN yang dipilih mesti selari dengan kerajaan negeri dan Persekutuan sudah meningkat.
Yang celik politik yakin banyak kelebihan apabila ADUN bersama kerajaan dari peringkat negeri hingga pusat.
Berbeza jika ADUN dari parti pembangkang.
Jika arus terus memihak kepada PH dan diterjemahkan pada kertas undi dalam PRK ini bermakna bendera PH kembali megah berkibar di bumi Sungai Bakap.
Untuk rekod – Nor Zamri mendapat undi 15,433 .
Calon Pakatan Harapan – Norhidayah Che Ros meraih 13,870.
Pengundi Melayu adalah 59.4 peratus, kaun Cina 22.5 peratus, India 17.8 peratus manakala lain-lain kaum sebanyak 7 peratus
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat