Kukuhkan jati diri pasti reformasi parti lebih holistik – Zhao Yide

Foto – Pertemuan Delegasi Parti KEADILAN yang diketuai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dengan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Shaanxi , Zhao Yide berlangsung petang semalam di wilayah tersebut.

Oleh Noraini Nordin
(Yang turut bersama dalam Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)

18 Mei 2024

WILAYAH SHAANXI –
Satu perkara yang dapat dipelajari daripada China ialah untuk melakukan apa juga reformasi, ia mestilah dimulakan dengan pembinaan jati diri yang kukuh terlebih dahulu.

Ertinya, semua mesti dimulakan dengan reformasi diri dan kemudian barulah reformasi boleh digerakkan dengan lebih menyeluruh termasuk reformasi dalam parti.

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, (yang bertaraf Menteri Besar kepada Wilayah Shaanxi yang mempunyai penduduk lebih kurang 40juta orang) Zhao Yide membuat perkongsian tersebut dalam pertemuan dengan delegasi KEADILAN yang diketuai oleh Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar di wilayah ini petang semalam.

Menjelaskan lagi perkongsian tersebut, Zhao Yide yang juga mantan Gabenor Shaanxi berkata dengan melakukan reformasi diri sudah pasti ahli parti tersebut mampu menerapkan nilai murni serta semangat setia pada parti.

MEMBINA NILAI POSITIF

Menurut beliau perasaan sayangkan parti sekali gus mampu membina nilai-nilai positif yang lain dalam diri mereka.

“Bermula dengan muhasabah diri serta reformasi diri.
Maka melakukan reformasi dalam parti akan lebih mudah untuk dilakukan, ” jelas beliau lagi.

Dalam usaha melakukan reformasi diri juga, menurut Zhao Yide, ia turut memerlukan latihan yang menekankan disipilin, anti rasuah dan semangat cintakan parti yang kukuh.

“Ia juga perlu disertai dengan memastikan struktur pemilihan parti yang tegas, termasuk tempoh percubaan yang secukupnya,” ujar beliau lagi.

Seramai 50 delegasi Parti KEADILAN Rakyat melakukan Lawatan Rasmi ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China .

Program yang diatur selama sepuluh hari itu amat memberi manafaat kepada delegasi dalam usaha memantapkan KEADILAN serta membantu Malaysia Madani lebih cemerlang.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *